Wednesday, 13 March 2013

Encik Separuh Jiwa 10




Amir senyum sendiri mengingati perempuan itu. “Padan muka kau! Memang kau silap oranglah nak cari gaduh, Namira Rasyifah.. kau tunggulah apa aku nak buat nanti.” Ucap Amir sendirian. I-phone 5 tadi di letakkannya di atas meja di sisi katil.

“ Amboi, senyum je umi tengok. Siap sebut nama perempuan lagi tu, baru lepas bergayut dengan girlfriend ke?” sergah Puan Jannah di hujung pintu. Di tangannya terlipat beberapa helai baju dan seluar milik Amir.

“ Tak ada apa umi, kawan-kawan je!” Amir mula mencipta alasan.

“ Kalau ada pengganti, apa salahnya.” Ucap Puan Jannah. Amir geleng kepala laju-laju.

“ Amir masih setia dengan Elia.” 

“ Eliakan dah ada lelaki lain,” balas Puan Jannah.

“ Tak apa, Amir akan berusaha dapatkan Elia semula.” Senyuman tawar dihadiahkan Amir pada Puan Jannah. Puan Jannah angkat bahu. Pelik bercampur kasihan dengan anak terunanya yang seorang ini.

“ Baju-baju ni, masuk dalam almari!” beberapa helaian pakaian yang sudah siap dilipat, Puan Jannah letakkan di atas katil Amir.

“ Umi tolonglah masukkan sekali dalam almari,” Amir sudah buat muka kasihan.

“ Amir, umi dah basuh, dah lipatkan, tugas Amir masukkan dalam almari je. Tak akan itu pun nak berkira dengan umi?” Puan Jannah sudah bergerak ke pintu bilik.

“ Umi tak sportinglah!” ucap Amir. 

“ Umi, sini kejap.. Amir ada benda nak cakap!” panggil Amir.

“ Apa dia?” tanya Puan Jannah dari hujung pintu.

“ Sinilah!” beriya-iya Amir memanggil Puan Jannah untuk duduk di sebelahnya di atas katil.
Puan Jannah berjalan ke arah Amir. “ Apanya?”

“ Tolong letak dekat almari kejap,”Amir sudah menyerahkan lipatan baju itu pada Puan Jannah.

“ Bertuah punya budak!” balas Puan Jannah.

“ Bukan selalu umi,” balas Amir. Puan Jannah memasukkan baju-baju itu ke dalam almari.

“ Pagi tadi, masa nak pergi kerja, Amir kena tumbuk dekat LRT,” adu Amir. Puan Jannah yang selesai meletakkan baju-baju itu ke dalam almari berpaling kepada Amir.

“ Kenapa? Amir ada hutang dengan orang ke?” Puan Jannah bergerak ke sebelah Amir. Amir geleng kepala.

“ Entah, perempuan tu langgar Amir, bila Amir marah-marah terus dia tumbuk Amir,” adu Amir bagai kanak-kanak. Puan Jannah sudah menutup mulut menahan tawa.

“ Umi ketawa kenapa?” Amir mula protes.

“ Mestilah umi ketawa, kenapa pukul dengan perempuan pun Amir nak mengadu dengan umi!” balas Puan Jannah.

“ Masa dalam LRT, dia lempang Amir pulak!” tambah Amir. Mata Puan Jannah membutang. Tak percaya!

“ Kenapa pula?”

“ Berebut tempat duduk,”balas Amir. Puan Jannah tidak mampu untuk menahan ketawa.

“ Kenapa Amir tak mengalah je?” soal Puan Jannah dalam tawa.

“ Mana Amir tahu dia nak tempat duduk yang Amir duduk tu. Amir rasa, perempuan tu tak betul kot umi. Amir pelik, dalam banyak-banyak orang dekat situ kenapalah Amir juga yang kena tumbuk.” Amir angkat keningnya tanda protes. Puan Jannah geleng kepala.

“ Dia ada masalah kot,” Puan Jannah cuba memenangkan gadis itu.

“ Ala, bukan dia seorang je dalam dunia ni yang ada masalah!” protes Amir.

“ Entahlah Amir, jangan benci sangat, entah-entah itu jodoh kamu, siapa tahu!” Puan Jannah sudah bangun dari katil.

“ Apa umi cakap macam tu. Kata-kata tu satu doa tau! Amir tak nak kahwin dengan orang psyco macam tu,” ucap Amir. Mulut sudah dimuncungkan. Protes!

“ Sebab tu umi cakap jangan benci sangat!” ucap Puan Jannah.

“ Tu novel tu, sejak bila pula Amir buang tabiat baca novel cinta?” tambah Puan Jannah.

“ Mana ada Amir baca, itu novel perempuan tu lah! Amir suruh dia minta maaf dia tak nak, last-last Amir ambil je novel dia. Puas hati!” Amir senyum menyenget. Puan Jannah sudah menggelengkan kepala. Macam-macam perangai pelik Amir semenjak putus tunang dengan Elia ni!

“ Pulangkan balik pada tuan dia, tak baik!” ucap Puan Jannah, kaki dihayun laju meninggalkan bilik Amir. Bukan Puan Jannah tidak kenal sikap Amir. Puan Jannah yakin perempuan itu menumbuk dan menampar Amir bersebab. Kadang-kadang perangai Amir pun boleh tahan. Menyakitkan hati!

*****

Selesai mandi dan solat Maghrib, novel berkulit hijau itu Amir buka semula. Mukasurat terakhir yang dibacanya tadi diselak kembali. Amir baring di atas katil. Saja nak ambil mood lebih membaca novel romantik!

“ Aku jatuh cinta dengan Namira Rasyifah? Impossible!” ucap Amir sendiri bila mengenangkan kata-kata Dani dan Puan Jannah. Mana mungkin Amir boleh jatuh cinta dengan perempuan gangster meroyan macam Namira Rasyifah yang buta fesyen tu! 

Tak mungkin, sungguh tak mungkin. Novel berkulit hijau itu di letakkan ke dada. Tangan kiri di letakkannya ke dahi. Jauh fikiran Amir melayang mengingati Elia.

Sungguh hari ini, kalau bukan disebabkan Elia mungkin dia tidak kenal siapa perempuan yang bernama Namira Rasyifah itu. Bukan sekali dia bergaduh dengan perempuan tu. Tapi tiga kali. Tiga kali? Semuanya macam dirancang, dirancang oleh takdir!

Merepek.

Mungkin kebetulan? Amir memicit-micit perlahan kepalanya yang terasa berdenyut. Penat memikirkan masalah jiwa. Amir mahukan Elia, nak sangat jumpa Elia. Tapi, Allah pertemukan Amir dengan Namira Rasyifah. Pulak tu, dalam situasi yang tak dijangka. Bergaduh, bergaduh dan bergaduh!

Tapi, Allah permudahkan jalan. Allah beri Amir peluang untuk berkenalan dengan Namira. Pelik, hari ini sahaja macam-macam halangan untuk Amir bertemu Elia, tak dijangka mudah sungguh dia bertemu Namira. Adakah itu bermakna Namira milik Amir? Amir sudah menggaru kening sebelah kirinya. Rasa mahu ketawa mengenangkan hipotesis sendiri.

I-phone 5 di atas meja yang berbunyi kuat di capai Amir. 

“ Hello,” 

“ Hello, busy ke?” soal Dani dihujung talian.

“ Tak lah! Tengah baca novel, apa hal?”

“ Sejak bila kau jadi mat jiwang ni?” 

“ Saja je nak rasmikan novel perempuan singa tu. Nanti dah habis baca aku pulangkan balik,”

“ Gigih membaca!” sindir Dani.

“ Suka hatilah! Kau call aku malam-malam ni kenapa?” Amir pula menyoal.

“ Aku lupa nak bagitahu, boss paksa kau tengok site lusa. Jangan lupa tau!”

“ Pulak? Tapi aku tak decide apa-apa lagi.”

“ Tak tahu, secretary boss dah tempah hotel untuk kau lima hari bro, bergembiralah!” ada ketawa di hujung kata-kata Dani. Amir sudah angkat kening sebelah. Sakit pula hati.

“ Kau follow akulah!” balas Amir.

“ Mana boleh, aku tak jaga project Pangkor tu!” 

“ Teman aku, orait?” 

“ No, no.. wife aku dekat rumah siapa nak teman?” ucap Dani. Amir mengeluh. Ada je lah alasan Dani ni!

“ Kau bergembiralah dekat sana, kalau boleh benam-benamkan bayang-bayang Elia dalam pasir Pangkor tu!” tambah Dani.

“ Amboi kau, bab-bab menganjing aku laju je!” balas Amir.

“ Biasa, manalah tahu esok-esok kau jadi ahli keluarga aku, kira sekarang ni kita buat proses suai kenallah ni!”

“ Ewah kau, tinggi angan-angan kau nak jadi abang ipar aku!” balas Amir. Dani di hujung talian sudah ketawa besar.

“ Eh, ok lah bye!”

“ Bye,” balas Amir.

Klik,

Talian dimatikan. Amir senyum sendiri, ada hati pula dia nak jadi abang ipar Amir. Ini lagi satu benda impossible. Dani.. Dani..

*****

Dani tersenyum setelah menekan butang berwarna merah di skrin handfonenya. Selesai menghubungi Amir, Dani mencari pula nama Nami di dalam senarai pemanggilnya.

Jumpa!

Butang hijau di tekan. Setelah lama menunggu, panggilan bersambut.

“ Assallamualaikum,” ucap Dani.

“ Waalaikumsalam Angah, kenapa Angah call malam-malam ni?

“ Angah nak minta tolong ni, memandangkan Nami tengah bersedih dan perlukan ruang, Angah nak Nami tolong pergi bercuti.” Ucap Dani.

“ Bercuti? Tak faham!” balas Nami.

“ Macam ni, Angah sepatutnya pergi site dekat Pangkor. Tapi, angah tak dapat pergi sebab ada hal. Hotel angah dah booking, dah bayar full. Pihak hotel tak bagi Angah nak refund, kalau tak ada orang duduk bilik tu, rugilah Angah! Nami pergilah, bukan jauh dari kampungpun. Tolong ye!” Dani sudah mula mencipta alasan.

“ Tapi, Nami tak apply cuti lagi. Bila nak perginya Angah?”

“ Hari jumaat ni okey dah, Nami apply cuti esok, petang lusa Nami balik kampung, jumaat baru gerak ke Pangkor. Okey?” Dani sudah senyum sendiri. Yakin Nami akan bersetuju.

“ Nami tak janji, InsyaAllah.. takut Nami tak dapat cuti je Angah.”

“ Mesti dapat cuti punya,” Balas Dani yakin.

“ Eh! Macamlah angah tu boss Nami!” balas Nami. Dani sudah ketawa.

“ Boleh ye,” 

“ Ok,” balas Nami. Mestilah boleh, percutian di taja!

“ bye!”

Klik,

Talian dimatikan. Dani senyum simpul. Semoga rancangan dia berhasil untuk mempertemukan Nami dan Amir. Jika sebelum ini tiga kali Nami bertemu Amir secara kebetulan, untuk kali yang ke-empat ini Dani sudah merancang kemas-kemas.

Semenjak Amir menceritakan tentang Nami kepada Dani, Dani sangat yakin yang jodoh Amir adalah Nami. Mungkin ada hikmahnya kenapa Amir putus tunang dan Nami tidak jadi bertunang.

Mungkin sudah di tetapkan di Lul Mahfuz bahawa tulang rusuk Amir adalah Nami dan jodoh Nami adalah Amir.

Namira Rasyifah dan Amirul Nazmi, dua-dua Dani sayang, dua-dua orang penting dalam hidupnya. Seorang adik, seorang lagi kawan baik.

_______________________
Salam, nak minta awak-awak yang membaca tolong tinggalkan komen, boleh? tak kiralah komen buruk atau komen baik, saya terima. Komen awak semua boleh tolong saya memperbaiki semua karya-karya saya. Tak kisahlah awak komen guna anonymous ke. Tak yah risau, blog ni tak akan di private lagi eh.. InsyaAllah.

Minta tolong ye, Terima kasih :)

10 comments:

  1. ai : menarik...(Y)

    ReplyDelete
  2. 10 kali ganda teruja nak baca.....hehhehe

    ReplyDelete
  3. wah. nk tgu kesudahan diorg mcm ne..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cyda.. best gila novel ni. sheila suka. hehehe

    ReplyDelete
  5. hmmm Lul Mahfuz ke Loh Mahfuz yang betul atau kedua2nya boleh saja gunakan

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)