Monday, 7 April 2014

Pinjamkan Aku Cinta 3


Sejak ayat itu keluar dari mulut aku tadi, hingga saat ini Afrul masih tidak berhenti memandang aku. Kadang - kadang rimas. Tapi nak buat macammana? sendiri yang cari masalah!

"Aku masih tak boleh hadam dengan apa yang kau cakap tadi." ucap Afrul sepatah. Aku senyum segaris. Malas nak layan.

Mata aku larikan kepada beberapa orang gadis cantik yang sedang berjalan di luar kopitiam itu. Lenggang - lenggoknya sungguh boleh buat lelaki jadi juling. Seorang daripada mereka memandang aku tajam seraya menghadiahkan jelingan maut. Aku angkat kening sebelah. Apa motif pandangannya?

"Aku macam tak percaya yang kau baru je merisik aku tadi." Air kopi ais yang sedang aku teguk tersembur apabila Afrul selesai menyudahkan kata - katanya. Sesak nafas!

Afrul sudah ketawa kuat.

"Tak lawaklah!" ucap aku sambil mencapai tisu di atas meja.

"Anna Sofia, kau okey?" soal Afrul lembut. Entah kenapa, saat dia menyebut nama penuh aku itu, seluruh hati aku terasa bergetar kuat seakan terkena renjatan elektrik.

"Okey!" balas aku pendek.

"Anna Sofia..."

"Sophi, call me Sophi as usual." laju kata - katanya aku cantas.

Afrul mengeluh perlahan. "Apa masalahnya kalau aku panggil nama penuh?"

Aku menggeleng, "Tak salah, tapi aku tak biasa." ucap aku cuba mencari alasan. Tolong jangan tanya lagi!

"Okey... Sophi," ucap Afrul. Aku angguk perlahan. Memang, semenjak aku mula mengenali Afrul, lelaki itu sangat tidak suka memanggil aku dengan nama Sophi. Afrul cakap, nama Anna Sofia tu cantik. Rugi sebab aku tak langsung menghargainya.

"Sekarang boleh kau terangkan maksud 'pinjamkan aku cinta' tu?" soal Afrul sambil buat muka innoncentnya. Mimik wajah yang selalu dia pamerkan apabila meminta sesuatu dari aku. Mimik muka yang selalu buat aku rasa macam nak lempang je mamat tu!

"Aku... aku..." aku cuba menyusun ayat terbaik agar kedengaran molek di telinganya.

"Aku apa?" balasnya tidak sabar mahu tahu.

"Aku kena paksa kahwin." ucap aku sambil mata aku tertancap kepada gelas di depan mata.

"Kahwin?" soal Afrul seakan terkejut. Aku angguk.

"Serius?" Afrul masih tidak percaya. Aku angguk kali kedua.

"Impossible." balasnya pendek. Aku angkat muka. Wajah sugul Afrul aku pandang.

"Possible." jawab aku pendek.

"Dengan siapa?" soal Afrul tidak percaya.

"Aku tak kenal."

"Jadi apa kaitannya dengan permintaan kau tadi?" Soal Afrul lagi.

"Aku tak nak."

"Bermakna?"

"Maknanya, boleh tak kau jadi 'kekasih' aku?"

Afrul sudah menjegilkan mata. "Kekasih kau?" soal Afrul seakan terkejut. Aku angguk. Terasa wajah aku sudah mula merona merah. Faham sungguh mana mungkin lelaki sesempurna Afrul sanggup menjadi kekasih olok - olok aku. Impossible!

"Faham.." balas Afrul seraya mengangguk.

"Apa yang aku dapat kalau aku jadi kekasih kau?" Afrul sudah mempamerkan muka miangnya.

"Kau nak apa?"

"Kau nak aku buat apa?" soalan aku dibalasnya dengan soalan juga.

Aku mengeluh. Wajah Afrul aku pandang. Afrul sudah ketawa sambil memperlihatkan giginya yang memutih.

"Jumpa papa aku lepas tu cakap kau kekasih aku sekarang. Boleh?" soal aku sambil mengerutkan kening.

"What? serius?" riak wajah Afrul sudah berubah. Aku angguk.

"Sophi, ini bukan kerja main - main. Aku rasa, kau lebih kenal papa kau jauh dari apa yang aku kenal. Kau jangan main - main Sophi."

"Tak, aku tak main - main."

"Aku tak berani. Aku tak yakin." jawab Afrul.

"Pleaselah Afrul, demi persahabatan kita... aku merayu pada kau."

"Bukan. Kau nak aku bagitahu papa kau yang kita berdua bercinta. Later on, a few month lepas tu kau pula akan bagitahu papa kau yang kita dah break off? Sophi, ini bukan benda main - main. Bila kau dah cakap perkataan 'break-off'' tu pada papa kau, kau fikir apa papa kau akan fikir?"

"Afrul, aku dah tak fikir apa - apa dah. Apa yang aku tahu, aku tak nak kahwin lagi!"

"Sophi, jangan hanya kerana kau tak nak kahwin, kau sanggup nak musnahkan persahabatan kita ni."

"No, aku tak maksudkan macam tu." jawab aku acuh tak acuh.

"Kau langsung tak ada sikitpun perasaan pada aku ke?" soal Afrul tiba - tiba. Aku kelu. Perkataan yang keluar dari mulutnya itu sungguh tajam.

"Kau sanggup musnahkan persahabatan kita ni?" soal Afrul kali kedua.

"Bukan macam tu Afrul, aku terpaksa." Hilang segala ayat untuk aku meyakinkan Afrul tentang tindakan aku itu. Wajahnya aku pandang. Mohon pengertian dari lelaki itu.

"Fine, aku pinjamkan cinta aku pada kau. Semata - mata demi kau Anna Sofia." Wajah Afrul yang berubah riak itu aku pandang. Riak itu cuba kau tafsirkan maksudnya.

Afrul sedih? kenapa riak wajahnya seakan - akan kecewa?

*****

"Ingat janji kita ye. Kau tolong aku, aku tolong kau." ucap aku kepada Afrul ketika kami beriringan menaiki tangga ke bilik bacaan papa.

"Ye,"

"Janji."

"Thanks Afrul. Kau lah kawan dunia akhirat aku." senyuman yang paling manis aku ukirkan kepadanya.

Afrul tiba - tiba berhenti melangkah. Langkah aku ikut sama terhenti. Wajah Afrul aku pandang. Kosong sahaja wajah itu. Tapi kenapa?

"Seorang kawan tak akan sanggup nak tolong kawannya menipu. Kau perlu tahu semua tu Sophi." tajam mata Afrul memandang wajah aku. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman tawar.

"Aku minta maaf." ucap aku seraya memandang hujung jari kaki ku. Hilang segala keyakinan aku.

"Secara logikalnya, kau tak anggap aku kawan kau. Kalau kau anggap aku kawan, kau tak akan suruh aku buat semua ni. Ayah kau tu hakim, kau boleh bayangkan tak reaksi dia? kau boleh bayangkan tak perasaan aku ketika bertemu dia? kau boleh bayangkan tak pandangan ayah kau?" Afrul sudah menghela nafas. Perlahan - lahan Afrul kembali melangkah. 

"Aku faham." pendek jawapan aku.

Sampai di depan pintu, wajah itu aku pandang lagi. Afrul seakan - akan langsung tidak mahu menoleh kepada aku. Aku menarik nafas perlahan - lahan. Tangan kanan aku mula mengetuk pintu kayu di depan muka.

"Sophi, betul kau tak ada langsung perasaan pada aku? kau tak cintakan aku langsung?" soal Afrul. Aku kelu. Kalaulah kau tahu bahawa sebenarnya aku cintakan kau Afrul.

"Aku tak ada jawapan tu Afrul. Kau tolong aku, later on kita bincang eh!" jawab aku tiada perasaan.

"Fine, kalau itu yang kau nak."

"Sorry," jawab aku pendek. Tombol pintu aku pulas. Senyuman aku ukirkan kepada papa yang sedang memandang tajam kepada kami berdua.

"Papa, Afrul ada benda nak cakap dengan papa." ucap aku seraya mendekati meja kerja papa.

"Duduk Afrul." pelawa papa dalam senyuman.

"Thanks uncle," balas Afrul pula. Aku sudah mengambil tempat di kerusi sebelah Afrul.

"Kakak buat apa duduk sini? Papa just nak bercakap dengan Afrul sahaja."

"Tapi papa," aku sudah protes.

"Just two of us." ulang papa. Aku mengeluh perlahan. Faham benar dengan maksud kata - kata papa. Mata aku sudah jatuh pada Afrul yang hanya tersenyum tatkala mendengarkan arahan papa.

"Papa..." ucap aku sambil buat muka minta kasihan.

"I said, two of us. Only two of us."

"Okey papa." Aku bangun lalu mendekati pintu. Dengan berat hati tombol pintu itu aku pulas. Perlahan - lahan aku keluar dan duduk di ruang tamu.

Meninggalkan Afrul berdua dengan papa memang itu perkara paling aku takutkan. Macammana kalau papa marah Afrul? macammana kalau Afrul salah cakap? macammana kalau Afrul tersilap? Dan yang paling penting, macammana kalau papa cuba membantingkan Afrul dengan calon pilihannya. Oh tidak...

Sepuluh minit menunggu, Afrul masih belum keluar lagi.

Dua puluh minit menunggu, aku sudah tidak sedap hati. Aku bangun dari duduk lalu mendekati pintu bilik papa. Senyap. Aku menghela nafas lagi. Perlahan - lahan aku menghenyakkan punggung ke sofa L-shape, Kepala aku sandarkan ke kepala kerusi.

Aku menggosok - gosok perlahan mata yang terasa pedih. Terlihat papa dan Afrul sudah beriringan keluar dari pintu bilik kerja papa. Ketawa dua orang lelaki itu memenuhi ruang tempat aku duduk tadi. Muka jam di tangan kiri aku pandang. Antara percaya dan tidak, rupa - rupanya sudah satu jam Afrul berada bersama papa.

"Kakak? kenapa pandang macam tu?" soal papa apabila melihat aku yang sedari hanya memerhatikan gelagat mereka.

"Nothing papa," jawab aku perlahan. Pipi kiri aku cubit perlahan. Cuba meyakinkan bahawa apa yang sedang aku lihat itu bukan mimpi. Sungguh kemesraan yang terpamer itu diluar apa yang aku jangkakan.

"Okey, apa - apa nanti just call uncle,"

"Okey uncle," ucap Afrul seraya mencapai tangan papa untuk disalam. Perlahan - lahan Afrul mencium tangan papa. Aku keliru. Papa menepuk perlahan tubuh Afrul. Afrul berjalan ke arah aku apabila papa berjalan menuruni tangga untuk ke ruang bawah.

"Papa cakap apa?" laju soalan itu meluncur dari mulut aku apabila Afrul sudah berada di depan aku.

"Nothing," balas Afrul seraya tersenyum.

"Nothing?" soal aku tidak percaya. Satu jam berada dalam bilik kerja papa kot! Ikutkan hati, mahu sahaja aku jentik - jentik telinga Afrul itu.

"Ceritalah."

"No."

"Ceritalah..." ulang aku lagi.

"No." jawab Afrul lagi.

"Afrul, please..." aku sudah mula merayu.

"Papa kau dah tahu semuanya." balas Afrul tiada perasaan.

"What?" mata aku jegilkan kepada Afrul. Maknanya segala rancangan aku gagal? oh tidak!

*****

Aku sudah menarik nafas dalam - dalam. Wajah papa dan mama aku pandang bersilih ganti. Dari riak wajah mereka, aku merasakan bagai baru menerima hukuman berat. Susah nak terima tapi aku tak ada pilihan.

"Itu je syarat yang papa letakkan untuk lepaskan kakak sambung master dekat oversea." ringkas jawapan papa.

Sesungguhnya, aku tahu permintaan itu menuntut aku untuk menjawab ya atau tidak.

Wajah mama aku pandang. Sungguh - sungguh aku memohon mama memahami jiwa aku. Mama hanya mengukirkan senyuman. Sungguh terhiris!

"Kakak nak sambung belajar dekat oversea. Papa tolong jangan suruh kakak buat pilihan." rayu aku.

"Papa benarkan asalkan kakak ada mahram dekat sana. Papa jauh, siapa nak tengokkan kakak dekat sana?" Papa cuba berdiplomasi.

"Tapi papa..."

"Kakak, papa bukan suruh kakak pergi berperang. Papa suruh kakak kahwin je." Aku sudah mengeluh kasar. Daripada kena kahwin paksa, sesungguhnya aku lebih rela papa hantar aku pergi berperang. Bukan ke senang macam tu?

"Sophi tak nak kahwin!" tinggi nada suara aku.

"Okey, papa tak paksa, apa pun papa tetap dengan keputusan papa, Sophi sambung je master dekat sini. Dekat Malaysia ni masih banyak lagi universiti. Sophi pilih je mana - mana universiti yang Sophi nak!" papa juga sudah ikut meninggikan suara.

Alahai!

"Mama," panggil aku apabila papa sudah melangkah meninggalkan ruang tamu.

"Kakak, papa buat yang terbaik untuk kakak. Tolonglah setuju."

"Kakak nak sambung belajar."

"Mama tahu."

"Kakak nak sambung belajar dekat oversea."

"Ya."

"Kakak tak nak kahwin."

"Itu mama tak campur. Papa wali kakak, kakak kena bincang elok - elok dengan papa. Mama pun dah pening, kakak dengan kepala kakak, papa dengan kepala papa. Mama tersepit." mama sengaja meluahkan perasaannya demi menyokong tindakan papa. Itu aku yakin!

Akhirnya, mama juga membiarkan aku di ruang tamu itu berseorangan.

*****
Dua minggu kemudian,

Beberapa orang kanak - kanak yang sedang bermain di kawasan taman di hadapan rumah aku pandang. Mata aku ralit memandang keletah setiap daripada mereka. Tapi, fikiran aku jauh mengingati tentang permintaan papa dan mama dan tentang kehilangan Afrul. Entah kemana hilangnya anak emak itu agaknya!

Mama yang sedang membaca buku di kerusi sebelah aku pandang. Aku cuba menimbang semula permintaan papa.

"Ma," panggil aku perlahan. Mama angkat muka.

"Kalau bertunang je boleh? kakak bertunang, tak payah kahwin." pinta aku.

Mama geleng kepala. "Ingat pesan papa. Kalau nak pergi oversea kena kahwin dulu." ulang mama.

"Tapi..."

"Kakak,"

"Ala.. apa kelas kahwin dengan lelaki Malaysia! nanti anak tak mata biru!" ucap aku sambil bangun dari kerusi. Geram sungguh.

Mama ikut bangun dari kerusi lalu mengekori langkah aku. Aku ambil tempat duduk di sofa ruang tamu. Wajah aku sudah mencuka. Marah.

"Papa tak nak kakak tersangkut dengan mat salleh. Amerika tu jauh sayang, kakak anak sulung, anak kesayangan papa... papa nak kakak belajar tinggi - tinggi, papa benarkan tapi papa tak nak kakak lupa asal - usul kakak. Tu je." ucap mama lembut.

"Tapi ma, papa paksa kakak kahwin dengan orang yang kakak tak suka." protes aku.

"Betul kakak tak suka dengan pilihan papa?" soal mama.

"Ye lah ma, ma.. dah tak sempat pun kalau nak buat majlis kahwin. Tinggal lagi tiga minggu je nak pergi sana. Boleh tak kita bincang benda ni lepas kakak dah daftar belajar. Mungkin cuti semester nanti?"

"No! keputusan papa muktamad." Aku dan mama seakan terkejut apabila wajah papa terpancul di tangga. Mungkin kata - kata aku tadi didengari papa.

"Tapi pa..."

"Papa cakap no! kakak ingat, papa tak risau nak lepaskan kakak study jauh - jauh. Kakak ingat papa tak ada perasaan?"

"Fine! kakak ikut semua kata - kata papa. Now kakak dah boleh prepare barang - barang untuk flykan?" soal aku kasar kepada kakak.

"Good girl." jawap papa. Melihatkan reaksi papa, aku terus berlari ke bilik. Sedih!

*****

"What?" Wajah mama dan papa aku pandang tajam. Mereka tetap tersenyum.

"Mustahil. Tak akanlah." wajah Afrul di depan mata pula aku pandang.

"Tak ada benda yang mustahil." balas papa.

"Tapi Afrul kawan baik kakak. Impossible." ucap aku. Kad di tangan aku baca berulang kali. Ternyata aku tidak silap. Memang nama Afrul tercetak di sebelah nama aku di dalam kad berwarna hijau turquise itu.

"Afrul pilihan muktamad papa." ucap papa. Aku sudah mengerutkan kening. Tangan Afrul aku tarik supaya mengikuti aku ke taman di luar rumah. Benda ni sungguh mustahil.

"Kenapa ni?" soal Afrul.

"Kau tanya kenapa?" soal aku pula. Afrul angguk. Kad itu aku tunjukkan kepadanya.

"Aku nampak."

"Kau nampak tapi kau tak protes?"

"Kenapa aku nak protes?"

"Afrul... aku minta kau pinjamkan cinta. Aku tak suruh kau kahwin dengan aku. Aku cakap bercinta olok - olok je lah."

"Sophi, seorang kawan baik meminjamkan segala yang kawannya mahu. Macam tu juga dengan aku, aku sanggup pinjamkan cinta aku pada kau. Malah, demi kau, bukan sahaja pinjamkan, aku sanggup berikan seluruh cinta aku pada kau. Hanya untuk kau Anna Sofia."

"Afrul, apa kau merepek ni?"

"Aunty dan uncle bagitahu aku yang sebenarnya kau dah lama admirer aku. So, sebagai seorang lelaki yang dah lama jatuh cinta pada kau, aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan." jawab Afrul dalam senyuman.

"Kau ni biar betul." nada suara cuba aku kawal.

"Aku pilih untuk tidak terima pilihan keluarga aku semuanya disebabkan kau. Aku tahu aku cintakan kau. Aku cintakan kau Sophi. Please be mine. Aku janji, aku akan berikan seluruh cinta aku pada kau. Not for rent, not for share."

"Gilalah kau ni Afrul!"

"Kau yang buat aku gila." wajah aku sudah merona merah tatkala Afrul mengukir senyuman pada aku. Sungguh berlainan perasaan itu.

"Bodohlah kau!"

"Haippp... dont say that... nak jadi isteri derhaka ke?" ucap Afrul dalam tawa.

"Eiiii... bencilah!"

"Aku sayang kau." ucap Afrul penuh romantik. Wajah itu aku pandang lagi. Kalau dah memang kena kahwin paksa dengan kawan baik sendiri, siapa tak nak? gila tak nak! tambahan lagi kalau kawan baik aku tu sebaik dan segila Afrul. Cair haih!

For now on, Mrs Afrul here. Aku sudah ketawa dalam hati. Sungguh tak sangka mama memang pandai sangat bocorkan rahsia pada Afrul!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Till then,

Ending ditaip dengan kadar rushing, sorry kalau ending tak best. Thanks for reading! :)

No comments:

Post a Comment

Thanks ye sudi bagi feedback :)