Friday, 19 August 2016

Certot : Kenangan


Sumber: sini
"Kenangan itu semuanya mimpi, bila kau tersedar, dia sebenarnya dah tak ada. Kau kena sedar" ujar rakan sekerjanya yang berpangkat lebih tinggi darinya.
"Kau buat aku rasa lonely, keterasingan!" balas lelaki itu.
Lelaki itu ketawa galak. Jujur, dia cuba memyembunyikan luka di hati. Pedih. Tapi dia cuba.
Lelaki itu cuba hidup tanpa sebelah jiwanya. Gadis yang disangkakan sebelah jiwanya telah pergi lantaran dia tak punya banyak waktu untuk dihabiskan bersama.
Didih hatinya tatkala gadis pujaannya itu bersuara. Ternyata, gadis itu tidak tahu erti kesetiaan mahupun kesabaran. Nyata, gadis pujaannya memilih memanjat tangga-tangga kemewahan dunia dari menanti dia mencipta dunia mereka.
PUTUS.
mesej yang diterimanya lewat aplikasi whatsapp menghantar bom ke dalam jantungnya. Dia bagaikan mahu mati. Cintanya jatuh ke tanah berkecai-kecai.
Tiga tahun dia menyulam cinta. Tiga tahun dia membakul sampahkan rasanya demi gadis pujaannya. Kini... Dia terduduk, menangis sendiri. Kolam egonya pecah. Dia terhiris. Dia kalah dengan rasa. Dia kalah pada cinta hingusan pelajar universiti. Malu.
"Lelaki baik untuk wanita yang baik" tukas gadis itu pada pertemuan terakhir mereka.
"Jadi, kau bukan gadis terbaik itu?" soalnya. Gadis itu senyap. Lama pertemuan mereka disulami kebisuan.
"Aku minta maaf." ucap gadis itu lalu pergi. Langsung tidak berpaling. Dia ditinggalkan. Sunyi.
Kenapa kenangan dicipta andainya dia ditampar kesedihan, ditampar kekecewaan. Dia cuma mahu gadis itu setia. Kesetiaan yang menjadi kunci kepada setiap kenangan antara mereka. Dia cuma mahukan gadis itu. Dia mengharapkan gadis itu kembali. Dia mahu mencipta cerita dari setiap kenangan.
Move on! Kau kuat, kau Sang Pemimpin!
Kata-kata itu bermain di dalam kepalanya. Bagaimana dia mahu lupakan semuanya tatkala kenangan itu seakan menyentak-nyentak dada?.
Dan sesungguhnya, rasa cinta, rasa dipunyai di dalam dadanya mati perlahan-lahan akibat bisanya kenangan.
Dia memegang dadanya. Sakit, terlalu sakit. Hatinya dihunus dek kerana tajamnya bilah kenangan. Air matanya jatuh lagi.

No comments:

Post a Comment

Thanks ye sudi bagi feedback :)