Tuesday, 25 October 2016

Encik Separuh Jiwa Prolog

Prolog

“Siapa perempuan tu? Baik awak mengaku cepat!”

“Perempuan mana?” soal sang suami.

“Baik awak mengaku cepat sebelum awak jadi monyet disebabkan saya ketuk dengan
senduk ni!” Muka Nami sudah berkerut. Marah.

“Sayang, jangan jadi isteri derhaka. Tak baik tau dera suami. Tambahan suami baik
dan kacak macam saya ni.” Sang suami cuba berdiplomasi.

“Tak payah nak kasihanlah! Lelaki memang semua sama. Depan perempuan, pijak
semut pun tak mati. Belakang isteri, buaya tembaga pun boleh tunduk hormat. Jangan nak
main – main dengan saya, baik awak mengaku saja.”

“Saya tak faham maksud awak. Apa yang awak merepek ni?” balas sang suami
lembut.

“Bagitahu saya siapa perempuan tu.” Soal Nami sambil pandangan matanya tajam
memanah Sang suami. Gigi diketap geram menahan marah.

“Perempuan mana? Apa sayang merepek ni?” Si suami masih tidak tahu hujung
pangkal cerita isteri kesayangannya itu.

“Awak jangan nak main – main. Mengaku je!”

“Nak mengaku apa? I love you? Kalau yang tu memang saya mengaku.” Senyuman
diukirnya kepada Nami.

“Jangan nak jiwang sangatlah!” marah Nami lagi.

“Kenapa ni?” Si suami ikut sama mengerutkan kening. Buntu.

“Mengaku je lah cepat!”

“Apa ni? Saya tak faham!” Si suami cuba melembutkan suaranya demi memujuk
kekasih hatinya itu.

“Tolonglah jangan nak mainkan perasaan saya. Mengaku sajalah!”

“Nak mengaku apa?” Si suami sudah mengeluh perlahan.

“Apa yang susah sangat nak mengaku ni?”

“Nak mengaku apa?”

Nami sudah mula naik hantu. Geram dengan jawapan yang diberi suaminya. Bagi
Nami, lelaki itu sengaja buat tidak faham dengan setiap baris kata – katanya. Sengaja
mahu menguji tahap kemarahannya. Nami mendegus kasar. Geramnya bertingkat –
tingkat kepada lelaki yang sedang berhadapan dengannya itu. Jika diikutkan amarahnya,
mahu sahaja pipi lelaki itu ditamparnya. Mahu dicubit – cubit lengan lelaki itu bagi
melampiaskan kemarahan yang sedang menggunung di dada. Tapi kerana sayang, Nami
hanya makan hati sendiri.

Petang tadi, ketika di rumah Dani, dia terdengarkan butir bicara suaminya dengan
Dani. Terbelah hatinya, terguris perasaan, hancur luluh berkecai segala cintanya pada
lelaki bergelar suami itu. Mata Nami berkaca saat teringatkan kembali kata – kata si
suami itu.

Cinta aku pada Nami dah terbahagi dua. Sekarang bukan dia seorang je dalam hati
aku. Hati aku dah terisi oleh dua orang wanita!

Terngiang – ngiang lagi perkataan itu di telinganya. Hancur hati seorang isteri tatkala
ayat itu keluar dari mulut suami yang amat dia sayangi. Luluh, bersepai bagai kaca
terhempas ke batu. Sudahlah terhempas, siap dilenyek – lenyek dengan lesung batu.
Hancur menjadi debu.

“Awak ni kenapa Sayang? emo tak pasal – pasal!” Si suami masih tidak berhenti
memujuk.

Air mata Nami sudah mula mengalir. Nami duduk di kerusi di meja makan. Si suami
yang sedang berdiri di tepi dinding dipandangnya sayu.

“Saya tahu, saya ni dah tak cantik, tak sama macam dulu, kalau dulu, awak sanggup
tadah pipi nak kena lempang dengan saya. Agaknya, kalau dulu saya ugut nak tolak awak
dari tingkat paling atas KLCC tu pun awak sanggup. Semuanya lembut gigi dari lidah.
Tapi, tengok sekarang! Bila saya dah tak cantik, dah tak slim, tak kerja, awak dah mula
berubah hati, dah tak sayangkan saya!” laju air mata Nami gugur seraya ayat itu meniti di
bibirnya.

“Apa cakap macam tu, saya tak maksudkan macam tu pun. Saya cuma bergurau
dengan Abang Ngah je tadi.” Si suami cuba memujuk.

“Janganlah macam ni,” lelaki iu masih mahu memujuk.

“Ah! lelaki memang macam tu. Menggatal, bila dah kantoi, minta maaf. Awak ingat
saya tak tahu apa maksud awak? Tu, madu sampai dua botol awak bawa balik tu nak buat
apa?” ucap Nami sambil tangannya menunding ke arah dua botol madu di atas peti sejuk.
Si suami sudah senyum simpul. Mula memahami maksud rajuk isterinya.

“Jangan nak senyum sangatlah! Awak nak bagi saya hint, nak suruh saya izinkan
awak bernikah satu lagikan?” Bebel Nami.

“Bukan macam tu,”

“Mengaku je lah!” bentak Nami.

“Nak mengaku apa sayang?”

“Mengaku sajalah yang awak ada perempuan lain!”

“Mana ada.”

“Sudahlah! Allah murahkan rezeki awak, Allah naikkan pangkat awak lepas kita
kahwin semua bersebab, bukan nak suruh awak menggatal nak kahwin satu lagi. Kalau
awak berhajat sangat nak kahwin lagi, tunggu saya mati dulu!” Kasar suara Nami protes.

“Bukan, madu dua botol tu saya beli sebab saya mengidam,”

“Sudahlah… awak ingat saya percaya? Awak mengidam nak makan madu ke, awak
mengidam nak madukan saya?” Air mata Nami sudah tidak henti – henti turun.

“Sayang,” si suami masih memujuk.

Enough! Saya tak sanggup dengar perkataan tu keluar dari mulut awak. Awak
kejam!”

“Awak, saya nak cakap ni,”

“Tak payah cakap apa – apa lagi. Saya dah dengar semuanya. Tak sangka Abang
Ngah sendiri sanggup tengok adik dia dimadukan.Sanggup Abang Ngah bersekongkol.
Mentang – mentang awak kawan baik dia, semua benda nak dirahsiakan dari saya. Look
here, kalau bangkai gajah tu tak payah berhajat nak tutup dengan tudung sajilah!”
Tambah Nami dalam tangisan. Terasa mahu pecah dadanya menanggung perasaan.

“Namira Rasyifah, bagi saya cakap sekejap boleh tak?” Suara lelaki itu sudah naik
satu oktaf. Ikut sama beremosi.

“No, I said no!” balas Nami. Lelaki itu sudah mengeluh.

“Awak tak bagi saya bela diri, awak tak sayang saya lagi ke?”

“Apa gunanya ucap sayang kalau disayangi tapi di duakan! Awak nak saya buat puisi
macam isteri pertama Ashraff Muslim tu ke?” ucap Nami. Si suami sudah ketawa
mengekek. Seperti kelazimannya, dalam sedih mahu pun gembira, Nami sentiasa
menghiburkan hatinya. Mencuit perasaannya.

“Nami sayang,” panggil lelaki itu.

“Eiiii… jangan panggil nama sayalah!”

“Dah tu, nak panggil apa?” Si suami masih mahu menyakat.

“Saya benci awak! Benci sangat – sangat!” ucap Nami.

“Sampainya hati,” si suami sudah buat muka sedih.

“Seorang suami yang setia tak akan sesekali mahu memadukan isterinya, tak akan
sesekali mahu menduakan kasihnya. Awak dah lupa ke macammana susahnya awak nak
dapatkan saya? Awak dah lupa dengan janji dan cinta lelaki lain pada saya? Awak tak
cukup hargai cinta saya pada awak ke? Kalau saya tahu awak kejam macam ni, saya tak
akan terima pinangan awak. Saya tak akan kahwin dengan awak.” Penuh emosi Nami
menuturkan kata – katanya.

“Kenapa ungkit balik kisah lama?” si suami sudah mencuka.

“Saya kena ungkit untuk sedarkan awak! Sampai bila saya nak makan hati sendiri?
Awak pilih antara dua, awak nak saya atau dia. Kalau awak pilih dia, lepaskan saya!”
Ugut Nami.

“Hish, macam tu pulak!”

“Ye lah, semenjak dua menjak ni saya nampak sangat sikap awak dah mula berubah.
Termenung sana, termenung sini, siap semua makanan awak nak makan dengan madu.
Sampaikan, tak pernah dibuat dek orang minum air 100 plus campur madu. Kronik
sangat dah perangai awak ni. Saya boleh tahan lagi pasal air 100 plus tu, tapi saya tak
boleh tahan bila awak paksa saya ikut minum madu tu!” Air mata dan air hidung Nami
sudah mula membasahi lengan bajunya. Dari tadi, tidak henti – henti Nami mengesat
mata dan hidungnya menggunakan lengan baju. Sedih, Nami benar – benar sedih
mengenangkan suami yang amat disayanginya itu sudah mula menduakannya.
Sedih, pedih dan terhiris.

Bahu lelaki itu sudah terangkat – angkat menahan tawa. Ikutkan si suami, mahu
sahaja dia gelak terguling – guling mendengarkan kata – kata yang keluar dari mulut si
isteri, tetapi dia betul – betul tidak sampai hati.

“Jangan ketawa. Saya serius ni!” sergah Nami.

“Fine, May I ask something sayang?” tanya si suami.

“Apa?” soal Nami kasar.

“Are you pregnant sayang?” soal Sang Suami. Matanya tepat memandang wajah
Nami. Tajam seolah – olah pandangan itu menembusi bebola mata Nami terus menusuk
ke jantung. Nami terkedu. Kelu. Hilang semua kata – katanya dipanah soalan itu.

---------------------


No comments:

Post a Comment

Thanks ye sudi bagi feedback :)